fbpx

Sekitar Resepsi Perkahwinan Engku Emran & Bella

Selamat bergelar suami isteri awal September lalu, pasangan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella sekali lagi diraikan dalam majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di Jakarta, Indonesia semalam. Beberapa perkongsian daripada selebriti tempatan turut dilihat di media sosial.

BACA: Cynthia Bella, Engku Emran Selamat Diijabkabul

Majlis yang cukup indah itu dilangsungkan dengan tema ‘garden wedding’ dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pasangan serta rakan rapat. Turut kelihatan juga kelibat Nora Danish yang juga sedia maklum teman rapat Bella, hadir bersama suami dan beberapa rakan-rakannya, selain daripada Amy Search dan beberapa selebriti Indonesia lain.

Sebelum ini pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 8 September lalu di lokasi sekitar Kuala Lumpur. Dalam majlis itu, Bella telah dinikahkan oleh bapanya sendiri dengan mas kahwin RM300. Menerusi perkongsian di Instagram, anak hasil perkahwinan terdahulu diantara Emran dan Erra Fazira juga hadir bersama di majlis itu.

Kalau lihat perkongsian di Instagram Nora, memang nampak indah sekali majlis resepsi yang diadakan oleh Emran dan Bella. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan selamanya. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis resepsi perkahwinan mereka. Enjoice! (rtky/w)