fbpx

Wanita Mati Terkejut Kerana Bangun Di Hari Pengkebumian Sendiri

Fagilyu Mukhametzyanov, 49 mungkin antara manusia dalam sejarah yang mati dalam keadaan nasib tidak begitu baik.

Wanita ini terjaga ketika pengiring jenazah & pengamal agama sedang mempersiapkan ‘jenazah’ beliau untuk di’kebumikan. Beliau terus di’bawa ke hospital.

Namun, akibat terkejut melampau, wanita ini hanya mampu hidup untuk 12 minit lagi sebelum ‘mati semula’ untuk selama-lamanya.

Sebelum ini, doktor telah mengesahkan yang wanita ini meninggal dunia akibat serangan jantung selepas jatuh di’rumah kerana mengalami sakit dada melampau.

Suami beliau, Fagili Mukhametzyanov, 51 marah dan kesal dengan keputusan hospital yang sepatutnya masih boleh menyelamatkan isteri beliau sebelum kejadian tragis ini berlaku.

via Express.co.uk