fbpx

Nur Sajat Sudah Sedia, Bakal Kahwin Tahun Depan

Siapa sangka dalam pada Rani Kulup ingin melamar pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat rupanya hatinya sudah dicuri orang. Nampaknya Sajat sudah sedia untuk mendirikan rumah tangga apabila beliau menyatakan hasratnya yang bakal menamatkan zaman bujang pada tahun depan dengan seorang jajaka berbadan sasa yang dikenali, Coach Yin.

BACA: Rani Kulup Cuba Pikat Nur Sajat Pula?

“Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja. Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah”

“Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan,” katanya kepada portal My News Hub mengenai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Coach Yin ini memang sedang hangat dikaitkan bercinta dengan Sajat, malah dalam Instagram juga masing-masing memang terbuka menunjukkan kemesraan melalui gambar mesra mereka berdua. Coach ini sebenarnya merupakan seorang jurulatih kecergasan dan juga mengusahakan perniagaan atas talian menjual produknya sendiri.

Kalau diikutkan gosip diantara mereka sudah agak lama diperkatakan ramai apabila mereka sering dilihat ‘berkepit’ ke hulur ke hilir. Namun jika masih ingat sebelum ini Sajat masih cuba untuk menyembunyikan hubungan mereka, mungkin masa itu baru mengenali hati budi agaknya. Apapun buat Sajat semoga dipermudahkan urusan perkahwinan nanti.

Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar manis dan sweet mereka di Instagram untuk tatapan peminat Sajat! (rtky/w)