“Wanita Kena Cerewet Pilih Pasangan, Bukan Main Rembat Je”
Bakal memasuki usia 40 tahun tidak lama lagi, Dayang Nurfaizah akui dia bersifat cerewet dalam soal memilih pasangan hidup. Akui terlalu sibuk dengan kerjaya membuatkan dirinya masih belum berpunya.
Tidak tertekan mengenai soal jodoh, Dayang berkata sebagai wanita mereka sepatutnya bersikap cerewet dalam soal memilih teman hidup kerana soal perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main dan tiada siapa inginkan perpisahan.
BACA: Dayang Nurfaizah Bimbang Nak Buat Rawatan Muka, Takut Tiada Perubahan
“Saya cerewet bukan sahaja soal kerja, malah mencari pasangan hidup pun sama. Setiap wanita harus fikir begitu dalam memilih teman hidup. Ini bukan perkara main-main kerana jika boleh, kahwin hanya sekali dan dijauhkan perpisahan.
“Kita harus pilih pasangan yang betul dan serasi. Nak bina masjid dan hidup semati semestinya kena fikir sedalam-dalamnya, bukan main rembat sahaja,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Dayang berkata dia mencari lelaki bujang dan tidak dimiliki oleh sesiapa. Dayang turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya dalam soal jodoh.
“Saya masih solo dan belum ada teman istimewa. Doakan saya. Apa yang pasti, saya mencari lelaki bujang, lebih tepat bukan kepunyaan sesiapa,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Cerewet sgt pun tak boleh… No one is perfect… Marriage is about perfecting each other flaws..
Jangan sampai pelihara biawak hidup sudah lah
Betol kena cerewet sebab kebanyakan jantan melayu semuanye layu, pemalas dan tak ada kerje tetap. Dah le tu, lepas kahwin nanti dah nak poligami pulak. Lebih baik stay single
tak perlu memilih sangat.. cuba fokus untuk perbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik, nanti yang datang mendekati pun, insya Allah yang baik2 juga..
Cerewet yang dimaksudkan oleh dayang ni mungkin berhati-hati kot..sukar untuk mencari seseorang yang berkualiti zaman media sosial sekarang ni..
Jodoh x sampai lg tu
I sokong u dayang. Fikir masak2. Lbh baik bahagia sendiri daripada berusaha utk bahagiakan org yg blm tentu berusaha utk bahagiakan kita. Kalau jodoh sampai kawinlah, kalau tak sampai2 jga nak bt mcm mn. All the best dayang. Happy sndiri pun bahagia jga.
Dayang Sgt berhati2 smpai mgkn pilih kelempok utk jd laki
Sebenarnya yg terlalu cerewet memilih ni laa yg selalu terkena dpt laki2 yg x guna atau langsung x laku kertu smpai tua. Hidup ni simple jek kalo kita ni x terlalu cerewet x bertempat. Mcm rezeki juga kalau kita terlalu cerewet pilih kerja mmg xde duit laa jwpnya! Mcm tu jugak bab jodoh, kalau terlalu perasan diri tu bagus dan cuma nk pasangan yg bagus2 jugak mmg lambat laa lg nk sampai jodoh tu…
Aku pelik la dengan sesetengah orang ni. Apa salahnya kalau perempuan memilih? Tu masa depan dia, dia yang kena hadap. Kenapa pulak ko sibuk nak kata dia memilih pulak. Dalam Islam pun galakkan kita cari pasangan yang sekufu kan? Kalau dia x kahwin lagi maksud nya jodoh dia belum sampai. Sebab ada jugak kes yang orang nampak agak ‘memilih’ tapi akhirnya kahwin gak masa usia dia 40 lebih. Elok je bahagia walaupun x ada anak sendiri. Kita patut ubah mentaliti kita, sekarang banyak kes2 curang nak pulak kes penceraian beratus dalam sehari. Jadi x salahnya ada perempuan yang pilih untuk berhati hati. Biar lambat asal selamat orang kata. Ni x, orang pikir kalau kahwin lambat, nanti susah nal dapat anak lah apa lah, tak tahu ke sedangkan rezeki tu Allah tentukan.
aku umur 50 hantar anak ke tadika.
Sbb tu tiap org berbeza pndpt tp tiap org ada nafsu. Tuhan cipta manusia ni utk apa? Cuba ko tnya diri ko, nnt umur ko dah 50 tahun ko nk buat apa?! Masa ko tngh muda yer ko rasa ko nk kerja dan kumpul harta utk hari tua. Tp bila dah tua ko idup sorg2 kemudian ko sakit, harta bnyk xde org nk urus kemudian ko mati and then what?!! Sapa yg akan doakan ko?! Sapa yg akan uruskan harta pusaka ko yg pahala ya sepatutnya mengalir pada ko dlm kubur nnt masa mungkar nangkir hitung semua amalan ko?! So perkahwinan tu satu bin jaminan saham akhirat yg xkan berenti selagi keturunan ko terus beribadat dan berdoa utk ko walau ko dah mati berpuluh tahun! Cuba bukak kepala otak tu! Brp lama ko boleh seronok hidup bujang masa muda ni?!!
Pakar motivasi selalu sebut org yg takut gagal xkan capai apa kejayaan dlm hidupnya. Org yg takut ambil risiko xkan tau kemampuan sebenar dirinya sbb dia x pernah berusaha pun utk selesaikan masalah. So mcm tu jugak dgn perkahwinan. Kalo bacul sngt sbb takut gagal x payah kwin laa..
Komen aku mana daaa
kurang tepat tu @otak. betul kawin tu sunnah dan bole jadi kebun pahala akhirat kita. tapi tak bermakna yg single tu benar2 dlm kerugian. selagi dia rajin ibadah, dia pandai wakaf sedekah zakat hartanya, manalah tau dia tolong sekolahkan sesorg mcm abam buat, ada insan kecil yg beriman yg sygkan dia tetap bole mendoakan nya bila dia mati, dia tak rugi mana pon, malahan dia ada lebih masa nak ibadat, dia takde tanggungan anak atau suami yg lebih mecabar dan mungkin dpt kurangkan pahala, tkde lah teruk sgt hidup dia seperti yg kamu katakan. Allah tak kejam nak tinggalkan org yg takde jodoh ni mcm tu je. Allah sendiri dah janji, selagi kamu ikut perintah Allah, walaupon kamu keseorgan dlm dunia, ada je hamba Allah yg akan dpt tepat pada waktunya jika kita ni perlukan pertolongan maksud kalau dia meninggal ke tkde sape nak uruskan tu semua Allah akan hantar org utk tlg. just kena jaga hubungan dgn Allah