fbpx

Dayang Nurfaizah Bimbang Nak Buat Rawatan Muka, Takut Tiada Perubahan

Jika kebanyakan wanita memilih untuk melakukan rawatan kosmetik atau pembedahan pada wajah untuk kelihatan muka, namun berbeza dengan Dayang Nurfaizah yang takut untuk melakukan perkara sedemikian.

Dayang berkata dia tiada keberanian untuk melakukan sebarang rawatan wajah bimbang akan memberi kesan jangka panjang. Katanya lagi, dia menerima keadaan wajahnya seadanya dan mahu tua secara semula jadi.

BACA: Dayang Nurfaizah Sedih Sering Ditanya Soal Kahwin

“Saya tak pernah fikir tentang rawatan pada bahagian muka sebab saya takut benda-benda macam tu. Takut perubahan itu tak menjadi dan hanya memberi kesan kesan kekal.

“Kalau boleh tak mahu, biarlah tua secara semula jadi dan terimalah seadanya. Alhamdulillah. Tapi saya tak bantah orang yang mahu lakukan perubahan pada wajah mereka kalu itu buatkan mereka yakin,” katanya.

Berkongsikan rutin penjagaan kulitnya, Dayang berkata usianya semakin meningkat dia lebih mengutamakan penjagaan wajah. Dayang akui disebabkan mekap kulitnya pernah rosak teruk sebelum ini.

“Sebenarnya saya dah biasa bermekap sejak zaman sekolah dan ketika itu kulit tak ada masalah. Apabila menginjak dewasa muka rosak teruk sampai tengok diri sendiri pun sedih,” katanya.

Dalam pada itu, Dayang berkata kecantikan seseorang itu bukan bergantung pada warna kulit semata-mata. Jelasnya, cantik itu tidak semestinya perlu berkulit putih sebaliknya keyakinan diri menjadi faktor utama.

“Cantik tak semestinya putih, warna kulit sama sekali tidak menentukan kecantikan seseorang kerana ia perkara subjektif.

“Bagi saya kecantikan itu apabila kita ada keyakinan, kalau kita tak yakin dengan diri itu yang akan buat kita rasa down dan rendah diri. Nak cantik tak perlu nak ubah-ubah pada wajah cuma kita perlu tambah seri sahaja,” katanya.