“Wanita Bekerjaya & Berduit, Tak Senang Melalui Perkahwinan”
Hampir setahun mengambil masa untuk proses perceraian, Noor Nabila akui lega apabila segalanya berjaya diselesaikan dengan baik. Nabila berkata dia kini mahu memberi tumpuan pada diri sendiri dan anak tunggalnya.
BACA: “Ada Yang Mengharapkan Kami Kembali Bersama…”
“Selepas sah bercerai pada 9 Julai lalu, bermulalah fasa baharu saya sebagai ibu tunggal. Saya merasakan proses perceraian terlalu lama, jadi apabila berjaya diselesaikan, rasa sangat lega, Alhamdulillah.
“Proses perceraian mengambil masa hampir setahun, ia bukan mudah. Saya masih memegang status isteri, tetapi tidak duduk sebumbung dengan suami, jadi keluar pun tidak mendapat keizinan, tentunya tidak manis.
“Sekarang bermulalah kehidupan baharu, saya mahu menyayangi diri sendiri terlebih dahulu. Dalam perkahwinan, saya selalu meletakkan diri di belakang, jadi sekarang saya utamakan kebahagiaan diri,” katanya kepada BH Online.
Mengulas mengenai apa yang terjadi sepanjang perkahwinannya itu, Nabila berkata, setiap perkahwinan memerlukan pasangan suami isteri yang saling berusaha jika mahukan perkahwinan berkekalan. dan bukan hanya satu pihak sahaja.
Tidak serik mahu berumah tangga dan terbuka untuk berkahwin lagi sekiranya ada jodoh, bagaimanapun Nabila berkata dia enggan mengulangi kesilapan yang sama. Ujarnya lagi, bukan mudah untuk melalui perkahwinan sebagai wanita yang bekerjaya.
“Saya sentiasa berpesan jangan ulangi kesilapan yang pernah saya lakukan. Sebagai wanita bekerjaya dan berduit, tak senang melalui perkahwinan.
“Apabila bekerjaya dan berduit, cara menguruskan perkahwinan sudah jadi lain. Contohnya, kita tak boleh buat sesuatu sesuka hati kerana bimbang suami akan terasa.
“Kita tak boleh bertindak tanpa berfikir sebab setiap apa yang dilakukan memberi kesan pada suami. Walaupun mampu, suami tetap perlu diutamakan. Kena jaga hati suami,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Itu tandanya ko x pdai bahagikan masa.
byk je akak2 yg jawatan tinggi kawin kekal contoh rafidah aziz business tudong jer kot bkn takbir ngara haha lawok :(
Hendak seribu daya. Takkan ko kerje 18 jm sehari. Tanya diri kejar duit atau kejar rumahtangga. Ko mau pakai seluar atau mau pakai skirt? Klau camtu sume wanita berkerjaya cerai dah bahlol
Yg korang sibuk sokong ex hubby dia dah kenape weiii.. korang mana tahu apa kerenah somi dier.
Ada somi jenis yg suka manja2 dgn bini. Ni bkn merujuk kat mereka ni la sbb aku pun bkn satu rumah dgn diorang. Tapi ada kemungkinan bini dh penat kat tmpt kerja somi dia suruh dia urut ke atau nak sweet2 sdgkan bini baru habis penat meredah jem etc.. abis nak ckp x nak, tu somi . Nnti kecik hati. Haa aku bkn fanz nabilla or apa2 sekadar adil la sikit dlm mmberi opinion. Byk kes bnde kecik dan nmpk remeh tp boleh mmbawa masalah besar.
Kau kawen artis tak berduit buat apa. Buat la pengajaran jangan kawen dgn jantan miskin dan tak dapat menjamin masa depan. Banyak jantan melayu yg pemalas hanya nak hidup dgn mencukur duit pompuan
banyak pulak alasan kau nyah… Masing masing EGO tak nak tolak ansur so apa pun tak boleh… kesian jayden.
before this one pon , yang the first one takkan sbb berkerjaya dan berduit susah nak lalui alam rumahtangga. habis yang gang suri rumah yg takde income tepi pon bercerai jugak. apa punya statement la
Bila dh bersuami, nak tak nak kena jaga hati dan Keperluan suami. Jd isteri dan ibu kena utamakan anak dan suami. Mmg dilema kdg2 smpi sndiri mkn hati bila keinginan sndiri terpksa dilupakan. Sblm kawin, kena ada persediaan dr segi mental utk hadap benda mcm ni. Kalau rasa2 x dpt hadap baik jgn kawin, jgn buang masa dan tenaga sbb kawin ni utk seumur hdp..kepada yg blm kawin tu fikir masak2. Nak kawin bukan senang, nak cerai lagi la susah. All the best pada nabila and her ex.
Kata kata perempuan sombong dan angkuh serta riak.
Ambek taek tempek kat muka nabila huhu
Dah tau diri tu ego tinggi cari laa pasangan yg lemah lembut, boleh tolerance dgn kekurangan kita. Ni ko kepala batu, si nanas tu kepala besi mmg sekali berlaga x jd apa laa. Pasangan suami isteri ni kena balance, kena lengkap melengkapi. Baru tenang je layari bahtera kehidupan walau dibadai taufan tp dua2 saling berusaha menyelamatkan satu sama lain bukan dua2 nk cabut selamatkan diri masing2 mcm apa yg dh berlaku tu..
kadang2 seronok hidup menjandakan..
Dulu mase kapel berkepit 24jam tu, dia blom berkerjaya ke? Emmmm….
wow wow wowww ramai sungguh pakar kaunseling dalam komen ni..macam korang tdo sekatil dengan dorang gamaknyaaa .
Ok lah kerja company lopa..cer kau kerja company biasa…
yeayy nanaz dah single.apa lagi pakat mai la serang DM nanaz . best woman win ye dok