Pernah melalui episod perceraian sebelum ini, Wan Sharmila akui masih belum menemui pengganti meskipun sudah 11 tahun berlalu. Katanya lagi, dia masih belum ada perancangan untuk menamatkan zaman solo.

Usianya sudah memasuki 39 tahun, Wan Sharmila berkata dia juga belum menemui calon untuk dijadikan bakal suami.

BACA: Wan Sharmila Kasihan Dengan Nasib Wanita Perampas

“Tahun ini kita semua kena hadap pandemik. Kalau ada perancangan nak kahwin pun terbantut.
Saya tak ada perancangan untuk berkahwin tahun ni. Calon pun belum ada,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Wan Sharmila berkata dia tidak memilih dalam soal berkawan serta tidak kisah untuk berkawan dengan suami orang asalkan menjaga batas.

“Kalau saya rasa selesa dan sesuai nak kawan dengan seseorang itu, saya akan berkawan.

“Walau individu itu suami orang tapi sekadar kawan biasa, apa salahnya. Kalau dia nak melebih, sini saya hubungi isteri dia dulu,” katanya.

Wan Sharmila pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit drama TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada Oktober 2009.