Masih belum reda dengan video bergelek, nampaknya ada lagi kontroversi dicetuskan oleh usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat.

Terbaru, pelakon veteran Wan Maimunah meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan Aliff Syukri dan Sajat yang mempermainkan namanya dalam sebuah video yang dikongsikan di Instagram.

BACA: Kongsi Video Sajat Bergelek, Ibu Tegur Aliff Syukri

Menerusi video tersebut, Aliff bertanyakan kepada Sajat siapakah pilihannya andai diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.

Sajat pantas mempersoalkan mengapa dia diberikan watak keji dan langsung tidak sesuai dengan rupa parasnya yang seperti Ratu Cantik.

“Kenapa watak keji kau bagi. Muka cantik macam Miss Universe, Miss World bagi watak Hantu Kak Limah. Tak ada orang lain ke?”

Menerusi perkongsian di Instagram, Wan Maimunah memberitahu dia mendapat tahu tentang video tersebut daripada kenalannya dan hatinya sedih apabila dianggap wataknya keji.

Dalam pada itu, seperti sudah dijangka tindakan Aliff Syukri dan Sajat dikecam teruk oleh netizen. Rata-rata netizen berkata mereka tidak sepatutnya mempersendakan pelakon lagenda tanah air kita.

Malah, ada yang meminta Wan Maimunah mengemukakan saman berhubung perkara tersebut. Difahamkan, video yang dimuat naik itu sudah pun dipadamkan.