fbpx

Kongsi Video Sajat Bergelek, Ibu Tegur Aliff Syukri

Umum mengetahui, isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida kini berada di Tanah Suci Makkah bersama ibu mertuanya Bonda Rozita bagi mengerjakan ibadah haji.

Sedang isterinya menunaikan Rukun Islam kelima itu, tindakan Aliff Syukri memuat naik video Nur Sajat bergelek sakan menerima kecaman hebat daripada netizen.

BACA: Beli Beg Tangan RM200k Untuk Isteri, Netizen Sekolahkan Aliff Syukri

Menurut netizen video tersebut sangat keterlaluan dan menyifatkan Aliff seolah tidak menghormati isterinya yang berada di Makkah.

https://www.instagram.com/p/B1Lv5Y8npk8/?utm_source=ig_embed

Video tersebut turut mendapat perhatian ibunya, Bonda Rozita yang mengatakan anaknya itu tidak habis-habis mencetuskan kontroversi.

Menerusi satu perbualan WhatApp dikongsikan oleh Aliff, isterinya juga turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan suaminya itu. Malah, isterinya turut mengatakan niat tidak menghalalkan cara.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyokong teguran Bonda Rozita buat anaknya. Tidak kurang juga ramai yang meluahkan rasa kasihan pada isterinya yang sedang mengerjakan ibadah.

Ini bukanlah pertama kali nama Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi panas dan sudah beberapa kali juga ibunya memberikan teguran padanya. Apa pun diharap selepas ini Aliff lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.