Wan Maimunah Sebak Terima Bantuan Makanan
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon veteran, Wan Maimunah, yang sememangnya popular dengan watak air mata. Bagaimanapun, ini bukan watak sedih di dalam drama, tetapi sebaliknya tangisan terharu dengan sumbangan yang diberikan kepadanya.
Difahamkan, Wan Maimunah menerima kunjungan daripada Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda, beberapa hari lalu di kediaman anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.
BACA: “Saya Mohon Maaf Pada Wan Maimunah”
Video tangisan Wan Maimunah yang dikongsikan oleh Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin menjadi tular dimana beliau kelihatan begitu sebak kerana ada pihak yang sudi bertanya khabar mengenainya.
“Saya dihubungi Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin beritahu ada ustaz nak datang.
“Alhamdulillah, terima kasih, rumah ibu jauh, tetapi ustaz tetap sudi datang. Setiap yang baik, Allah membalas dengan kebaikan juga hendaknya,” katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Sheikh Muhammad, berharap sumbangannya kepada selebriti tidak diperbesarkan kerana dia hanya menjalankan tanggungjawab kecil kepada sebahagian masyarakat yang memerlukan.
“Insan seni seperti ibu (Wan Maimunah) amat dihormati dalam kalangan masyarakat kerana sumbangannya dalam bidang seni. Lakonannya menyampaikan kisah dan teladan kepada manusia lain, besar pengaruhnya.
“Bagi saya, dengan bertanya khabar dan membantu serba sedikit dapat meringankan beban emosi insan seni seperti ibu,” katanya.
Difahamkan, Ustaz Sheikh Mohammad bekerjasama dengan WHAM dan rakan artis seperti Zul Yahya dan Azza Elite dengan memberikan bantuan kepada pelakon-pelakon veteran.
- SUMBER
- BH Online
apsal dia kat rumah anak angkat bukan anak kandung? acik wan maimunah ni ada anak tak? dah kahwin ke belum?semoga acik wan maimunah dicucuri rahmat allah
Aritu si Hitam bersako dan si soep tu beriya benar suh krjn bantu artis2 miskin dan veteran ni. Nape mrk sendiri yg konon bnyk derma org susah x tolong artis2 veteran ni???
Erawan.. acik wan maimunah nie.. Ada anak.. Huurmmm…ontahla.. Kang jdi pitnah lak klau brciter!! Doa yg baek²udahler dh BAHAGIAN diakn..
Mana SENIMAN? Tanya je.. opppsss
Dia ni memang pelakon hebat
Menumpang kasih rumah anak angkat ye mcik? Dulu anak angkat dekat melaka kan
Semoga baik-baik saja lah dah lanjut umur ni
wan mainunah ratu air mata ni anak dara ke beb? sbb tu anak angkat jaga?
Tumpang kejap umah ank angkat sebab ada shooting drama.
Tetiba ada PKP, tu yg x dpt balik Melaka. Rasanya ada ank sendiri.