fbpx

“Saya Mohon Maaf Pada Wan Maimunah”

Usahawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri sebelum ini telah dikecam hebat oleh netizen kerana didakwa mempersendakan pelakon veteran Wan Mamimunah dalam sebuah video yang tular baru-baru ini.

Menurut Aliff Syukri yang ditemui di majlis sidang media single terbarunya ‘Cowok baru’, beliau berasa kesal dan mengambil kesempatan untuk memohon maaf di atas keterlanjurannya. Beliau tidak menyangkakan perkara tersebut menyinggung perasaan pelakon tersebut.

BACA: Berang Ditegur, Aliff Syukri Gelar PU Amin ‘Poyo’

“Saya mohon maaf pada Wan Maimunah dan saya tidak menyangka perkara tersebut telah menyentuh sensitiviti Wan Maimunah”.

“Kebetulan saya hanya mengikut skrip yang disediakan oleh sebuah blog yang membuat rakaman pada hari itu. Walaubagaimanapun, saya tidak menyalahkan blog tersebut.

“Saya mengaku kesalahan saya dan saya janji, saya tidak akan mengulangi kesalahan sama di masa akan datang. Saya sekali lagi minta maaf pada mama Wan Maimunah,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)