Wan Maimunah Cari ‘Peragut’ Yang Meragut Rantai Emasnya 20 Tahun Lalu
Pasti ramai masih ingat lagi dengan iklan peragut yang meragut pelakon Wan Maimunah satu ketika dahulu. Sehingga kini iklan tersebut masih segar di ingatan ramai penonton. Malah, gambar peragut tu masih dikongsikan dan menuntut agar peragut itu ditangkap.
Baru-baru ini, Wan Maimunah meluahkan hasratnya untuk bertemu kembali dengan individu yang jadi ‘peragut’ dan pernah berlakon iklan khidmat masyarakat dengannya hampir 20 tahun yang lalu.
BACA: Wan Maimunah Sebak Terima Bantuan Makanan
“Walaupun sudah hampir 20 tahun, ibu sendiri tak sangka yang orang masih suka dan ingat setiap babak dimuatkan dalam iklan itu.
“Kalau ada peluang, saya teringin sangat nak berjumpa dengan individu yang jadi ‘peragut’ itu. Mana tahu, kalau dia membaca berita ini, sila hubungi saya” katanya kepada Harian Metro.
Berkongsikan pengalaman berlakon dalam iklan itu, Wan Maimunah berkata dia melakukan sendiri adegan aksi. Katanya lagi, ‘peragut’ berkenaan bukan seorang pelakon dan dia yang mengajarnya untuk menampakkan adegan itu realistik.
“Pihak produksi nak sediakan tilam untuk babak saya terjatuh selepas diragut, tapi saya tolak kerana nak bagi nampak realisitik.
“Lelaki yang berlakon sebagai “peragut’ itu pun bukanlah pelakon. Jadi, ibu yang ajar dia bagaimana untuk menampakkan adegan ragut itu seakan realistik,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Oleh yang demikian, haruskah kami semua berjoget lambak tanpa rasa bersalah walau sedikit pun?
Epic iklan ni. Sering disebut2 dulu.
Jeritan Kak Wan yang mahal.
Iklan paling best.. jalan lengang-lengang kene ragut…., mmg terjadi sungguh terutama perempuan.. tu belom yg jenis sambil picit2 handset dgn rambut gerbang, kasut tinggi, skirt, sekali total je boleh jatuh.
pelakon2 pejen mcm wan maimunah yg seangkatan dgn dia mcm jalil hamid (sekadar menyebut 1 2 nama) ni yg patut dpt anugerah, dpt gelaran…diaorg ni kalo berlakon dlm drama setkt duduk diam termenung pun dah terasa emosi dia tu…blom lg kalo part babak air mata.
ni bg anugerah kt retis yg jual produk tah ape2,buat lawak tah ape2…ptt la industri hiburan sekarang pun tah ape2