fbpx

Wallpaper Telefon Masih Gambar Suami, Netizen Luah Rasa Kecewa

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatkan mengenai kemelut rumah tangga penyampai radio Hot fm, Shuk Sahar selepas isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan dia berlaku curang.

Pendedahan tersebut ternyata membuatkan netizen geram dengan tindakan Shuk itu. Bagaimanapun, hari ini Rossalennah dilihat ada memuat naik satu gambar di Instagram miliknya.

BACA: “Bukan Nak Back Up Shuk, Tapi Ramai Lagi Orang Biasa Ada Skandal..”

Gambar tersebut memaparkan wallpaper telefon bimbitnya yang menunjukkan wajahnya, Shuk serta anak mereka. Difahamkan, foto itu dimuat naik untuk melakukan review perniagaan telefon pintar.

Shuk juga dilihat turut meninggalkan tanda suka di posting berkenaan. Seperti sudah dijangka, perkongsian tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Tidak kurang juga, ramai yang kecewa dengan tindakan Rossalennah yang masih meletakkan gambar wallpaper bersama suami sedangkan sebelum ini mendedahkan aib rumah tangga mereka.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan netizen sepatutnya memberi semangat kepada Rossalennah supaya tabah menghadapi ujian tersebut serta mendoakan bukan hanya tahu menghentam.

Kata netizen lagi, hanya mereka yang pernah menghadapi kemelut rumah tangga seperti ini sahaja yang tahu dan tiada salahnya jika dia mempertahankan suaminya.