fbpx

“Bukan Nak Back Up Shuk, Tapi Ramai Lagi Orang Biasa Ada Skandal..”

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah tangga pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar selepas isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan dia berlaku curang.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Janna Nick yang berkongsikan satu video mengenai pendapatnya serta meminta agar netizen tidak masuk campur urusan peribadi seseorang artis.

BACA: Saksi Dedah Shuk Turun Ke Balkoni Jam 3 Pagi

“Bukan nak backup Shuk tetapi kita tak tahu perjalanan hidup ini macam mana. Ramai lagi orang biasa di luar sana yang ada skandal, bezanya bukan artis. Tidak perlu campur urusan peribadi dengan kerjaya mereka,” tulisnya.

Kata Janna lagi, orang luar tidak perlu memberikan komen negatif terhadap seseorang artis itu kerana bimbang kata-kata itu akan memakan diri mereka sendiri satu hari nanti.

“Isu-isu dalam kain kita tak tahu siapa betul siapa salah. Kena batang hidung sendiri baru tahu kita nak sedar. Jadi lebih bagus doakan yang baik-baik. Pulun kutuk sana sini pun tak guna, silap-silap esok mereka berbaik semula,” katanya.

Semalam, Shuk dilaporkan digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot dan perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan stesen radio berkenaan.