fbpx

Dengar nama pun dah meremang, inikan pulak kalau dengar artis bernada tinggi, Azlan & The Typewriter dan Ara Johari ini bergabung pada Jumaat 25 September ni kan? Fuh tak sabar nak tengok.

Kalau Jumaat lepas kita menyaksikan persembahan kumpulan kedua Suria Duo X, Ezad Lazim dan Aina Abdul yang membawakan lagu duet Sekadar Di Pinggiran. Memang tak dapat dinafikan nyanyian daripada mereka ni betul menyedapkan halwa telinga.

Nyanyian Penuh Jiwa & Perasaan

Ezad Lazim yang membawakan lagu Sumpah, nyanyian asal Aina Abdul berkata bahawa dia gembira bekerjasama dengan Aina Abdul kerana padanya Aina merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar.

Manakala, Aina Abdul pula membuat sedikit pengubahsuaian kepada lirik lagu Mengintai Dari Tirai Kamar untuk disesuaikan dengan cara nyanyiannya. Sedap betul dengar…

Bercakap tentang kriteria pasangan duet mereka untuk pentas Finale Suria Duo X, antara ciri-ciri yang dicari Ezad Lazim dan Aina Abdul adalah mereka yang mempunyai suara yang merdu dan menyanyi dengan penuh penjiwaan dan perasaan.

Masih Belum Terlambat!

Anda jangan lupa pulak ya. Masih ada peluang dan belum terlambat lagi untuk anda merebut peluang menangi sebahagian daripada wang tunai RM10,000 dan menyanyi satu pentas dengan artis Suria Duo X di atas pentas finale Suria Duo X pada Jumaat, 9 Oktober, jam 9.00 malam ini. Gila syiok…

Bagaimana caranya?

Anda saksikan persembahan Suria Duo X setiap minggu di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV. Layari laman web suria.my/suriaduox untuk dapatkan senarai lagu Suria Duo X. Kemudian, anda hanya perlu rekod ‘cover’ salah satu lagu Suria Duo X yang tersenarai dan muat naik video tersebut di akaun Instagram anda.

Psst…Jangan lupa untuk sertakan tag @suriamalaysia dan #suriamalaysia #SuriaDuoX dan #namakumpulanpilihan di ruangan kapsyen. Anda boleh memilih sama ada ingin menyertai #teamSyamelXSitiSarah, #teamEzadLazimXAinaAbdul atau #teamAzlanXAraJohari. Goodluck!

Jangan Lupa Tengok Gais

Gais, save the date, pasang alarm tu siap-siap. Jangan lupa saksikan persembahan Azlan & The Typewriter dan Ara Johari, Jumaat ni tau.

Bagaimana pula persembahan daripada artis yang terkenal dengan nyanyian bernada tinggi minggu ni kan? Kami tak sabar nak tengok.

Buat yang ternanti-nantikan persembahan mereka, pastikan anda tonton secara langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV pada Jumaat, 25 September ini, jam 9.00 malam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.