fbpx

“Walaupun Pakai Baju Kurung, Orang Masih Nak Kecam Saya”

Baru-baru ini, sekeping foto yang dimuat naik oleh Kilafairy bagi mempromosikan produk penjagaan wanita dihujani dengan komen yang kurang enak dan ada yang mengecam cara pemakaiannya.

Bagaimanapun, pelakon dan penyanyi ini enggan mengambil pusing  komen negatif netizen kerana apa saja yang dilakukan olehnya pasti akan menjadi buah mulut orang ramai.

BACA: 5 Senaman Mudah Miliki Punggung Seperti Kilafairy

“Semua benda saya buat orang kata nak tayang aset, pakai baju besar pun orang masih fokus kepada sudut-sudut seksual.

“Jadi, saya tak boleh buat apa-apapun sebab orang akan tetap bercakap. Saya hanya jadi diri sendiri. Walaupun pakai baju kurung sekali pun, orang masih nak kecam saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Katanya lagi, keluarganya sangat menitikberatkan cara berpakaian dan perlu sentiasa menjaga batas serta mengikut garis panduan berpakaian yang telah ditetapkan. Ujar Kilafairy lagi, orang boleh bercakap apa saja mengenai dirinya, namun baginya dia masih menjaga nama baik keluarga.

“Keluarga saya terutama Papa sentiasa menjaga cara berpakaian, seksi-seksi memang tak boleh.

“Jadi saya ikut guideline yang keluarga tetapkan. Orang lain nak cakap apa, cakaplah! Yang saya tahu saya masih menjaga maruah keluarga saya, itu paling penting,” tambahnya.