fbpx

5 Senaman Mudah Miliki Punggung Seperti Kilafairy

Gara-gara berkongsikan gambar yang memperlihatkan bentuk badannya, akaun Instagram Kilafairy dihujani dengan komen yang kurang enak.

Namun apa yang pasti, ramai wanita cemburukan bentuk badan dan punggung Kilafairy yang memang ‘meletop’. Ada juga yang membandingkan bentuk badan Kilafairy seperti Kylie Jenner

Kami sediakan senaman mudah untuk anda yang idamkan punggung seperti Kilafairy.

1. Senaman SQUATS untuk dapatkan pinggul yang bulat

Squats boleh memejalkan punggung anda dalam masa yang singkat, tanpa melakukan sebarang pembedahan. Jadi , jika anda inginkan pinggul yang mantap, lakukan senaman mencangkung!

2. Lakukan senaman WALL SIT

Ini antara senaman paling mudah yang boleh lakukan di rumah. Hanya sandar pada dinding dalam keadaan separuh mencangkung. Senaman ini bagus untuk punggung dan menguatkan peha. Tahan selama mungkin yang anda mampu.

3. Senaman PELVIC RAISES/ Mengangkat punggung

Senaman ini paling menyeronokkan kerana anda hanya perlu baring, bengkokkan lutut dan angkat punggung. Ketika mengangkat punggung tahan selama 30 saat untuk kesan lebih cepat. Kesannya, punggung anda akan jadi bulat seperti Kim Kardashian.

4. Senaman LUNGE sambil memegang beban

Ini antara senaman paling popular untuk mencantikkan punggung. Pastikan anda lakukan dengan betul jika tidak senaman tersebut jadi sia-sia je. Senaman ini hanya fokus pada punggung dan untuk kesan lebih bagus, lakukan sambil memegang beban.

5. Senaman PLANK untuk menaikkan punggung

Nak cantik memang menyakitkan. Senaman PLANK akan membina otot perut dan punggung. Cara paling berkesan untuk menaikkan punggung ialah dengan menyilangkan kaki. Lakukan setiap set selama seminit dan tukar silangan kaki.