fbpx

Fathia Latiff Mengamuk Lagi Dengan TV3

Kami pun tidak mengerti apa yang ditulis Fathia Latiff menerusi entri terbarunya semalam. Kenyataan yang sarat dengan kejian buat stesen TV3 itu membuatkan netizen ‘sudah bosan’ dengan perangai Fathia.

BACA: Zarina Anjoulie Tak Mahu Lagi Dikaitkan Dengan Fathia Latiff

Entah apa yang tidak kena dengan Fathia semalam, selain mengecam TV3, beliau juga meluahkan rasa tidak puas hati hanya menerima jemputan ke ABPH daripada wartawan hiburan saja selain mengkritik kemenangan Wany Hasrita.

Rata-rata netizen tidak memahami sikap pelakon itu yang semakin ‘hanyut’ selain kenyataannya yang merepek. Ada juga netizen memohon keluarga atau rakan membantu Fathia yang dilihat seperti ‘mental breakdown’.

Apa yang pasti, seperti post terdahulu juga, Fathia sering memuat naik kenyataan-kenyataan marah kemudian memadamkan kembali. Tidak tahu apa tujuan kenyataan itu dimuat jika ingin memadamnya nanti. (rtky/w)