“Hattan Pernah Pergi Haji, Ada Gelaran Datuk, Patut Kawal Cara Percakapan” – Saari Amri
Komposer dan penulis lirik, Saari Amri tidak setuju dengan tindakan Datuk Hattan ‘sekolahkan’ penyampai berita ketika siaran langsung baru-baru ini.
Memetik mStar Online, komposer itu berkata penyanyi itu sepatutnya lebih menjaga percakapan apatah lagi mempunyai gelaran Datuk.
BACA: Tauke Jambu Tak Setuju Hattan Digesa Buat Permohonan Maaf
“Cara dia cakap tu memang brutal.. dia pernah pergi haji, ada gelaran Datuk. Sepatutnya kawal sikit cara percakapan tu. Jangan fikir dia tu ‘star’, cakap ikut sedap mulut je,” katanya.
Sementara itu, Saari berkata Hattan sememangnya mempunyai karakter tidak bertapis dan itu sememangnya cara penyanyi itu.
“Saya sudah lama kenal Hattan dan tahu bagaimana karakternya… mulutnya memang ‘laser’ dan tidak bertapis. Pada saya, itu cara dia. Tapi kalau kita jenis berfikir dan matang, cakap tu sepatutnya sopan sikitlah,” katanya.
Dalam pada itu, Saari menyifatkan Hattan tidak perlu membuat permohonan maaf kerana ia boleh mencalarkan imej serta reputasinya sebagai penyanyi senior.
“Bagi saya dia tak perlu minta maaf sebab itu memang gaya dia, lagipun kalau dia buat permohonan maaf kejantanannya akan tercabar… jadi lebih baik diam sahaja. Secara peribadi dia (Hattan) memang seorang yang susah nak minta maaf,” katanya.
Dalam pada itu, Saari berkata dia tidak berkecil hati apabila disangka sudah meninggal dunia oleh penyampai berita itu dalam temu bual berkenaan.
“Apabila pembaca berita itu menyebut nama saya, terkejut juga tapi tak sangka masih ada orang ingat saya lagi. Tiada masalah atau terguris hati walaupun nama saya tersalah sebut oleh pembaca berita itu yang menganggap saya sudah tiada. Saya rasa bangga pula sebab sekurang-kurangnya ada yang mengenali Saari Amri,” katanya.
- SUMBER
- mstar Online
- mStar Online
Wartawan tu mmg x buat research so nk kecik hati apa bendanya?!!! Kalau ko sendiri sbg komposer x buat lagu utk XPDC tp org kata ko buat itu ke level wartawan yg Astro dan persatuan wartawan Malaysia nak heboh2 kan! X payah nk play victim sngt laa. Mmg level wartawan Astro ni teruk! Sama level wartawan blog gossip jek dan keyboard warrior jek
kalau x tahu ckp je tak tahu, nak teka2 apanya, mmg patut kena sound
Nape pmbaca berita tu pulak yg kne jawab. Cuba korang yg komen atas ni tgk transkrib kejadian.
Dia ckp lirik xpdc sgt makan dlm. Thensi hattan gi tanye dia. Awak tahu x siapa penulis lirik??
Astro hubungi hattan utk perkongsian dia dgn aruah. Tp dia pergi kuiz pembaca berita tu. Kalo exam spm wajib gagal. Org suruh buat lain ko jawab lain. Adehhhh. Susah sgt ke mintak maaf jika dh buat silap.
Hattan mmg bodoh dah briefing daah konon nak salahkan org! Dah bg tau Siang2 sebelum interview kalau X berminat knp nak juga diinterview? Lagak kayangan! Tapi otak kat lubang tahi!
Aku mmg dari dulu lagi X minat Hattan ni, bagi aku dia ada aura ‘sombong’
Org nismilan nie, dia mmang pangai cam motak nie! Ntah ek nk kata Kuang ajo tk tau nk citer mcm mana mmang peel org nismilan nie mcm motak nie laa, dh rasmi meel diaorg gini
Jgn sombong tgk diri sendiri tu perfect sgt ke diri sendiri pun tk kenal lg nk ckp mcm2 ke hattan ni mmg mulut kurang ajar konon tunjuk bagus tp tak bagus pun sembang kencang tin kosong je mulut mcm longkang org mcm ni patut kena buku dgn ruas baru ada akal
Jari tak sana tinggi begitu hidup jgn ingat diri tu bagus org lain ada lg bagus