fbpx

“Walaupun 2 Malam Di Lokap, Saya Rasa Nikmat Sebenar Kehidupan”

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isteri Da’i Farhan iaitu Dr Erin yang didakwa atas tuduhan menipu pelanggan berhubung urusan sijil halal dan KKM bagi produk jamu bernilai RM10,050.

Bagaimanapun, Dr Erin mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula dengan diikat jamin sebanyak RM4,000. Semalam, Erin sempat berkongsikan pengalamannya tidur di dalam lokap semalam dua malam.

BACA: Isteri Da’i Farhan Tak Mengaku Salah Dakwaan Tipu Wang RM10,050

Menurutnya, pengalaman berada di dalam lokap membuka matanya tentang nikmat kehidupan yang sebenar. Ujarnya, dia menerima segala prosedur dengan hati yang terbuka tanpa rasa malu atau takut.

Tambah Erin lagi, jjian yang diberikan kepadanya adalah kecil sahaja jika nak dibandingkan insan-insan lain di sebalik tirai besi. Erin berkata, ada perkara yang Allah mahu tunjukkan padanya dan ada hikmah mengapa dia ditahan.

“Pengalaman Allah nak tunjuk UJian kita ni kecik sangat nak dibandingkan dengan kawan-kawan kat dalam sana tu. Yang kat dalam tu tak semuanya bersalah selagi dia tdak didapati bersalah. Saya trima semua prosedur dengan hati terbuka tak ada rasa malu atau takut,” tulisnya.

Dalam pada itu, Erin turut mengucapkan terima kasih kepada pengawal yang menjaganya dengan baik sepanjang berada di dalam lokap serta kepada siapa yang mendoakannya. Katanya lagi, suatu hari nanti kebenaran akan terbukti.