fbpx

Tomok Enggan Anak Anak Bergelar Artis

Sesetengah selebriti sebaik sahaja anak dilahirkan pasti ada sahaja akaun Instagram dibuat untuk mereka. Bagaimanapun berbeza bagi Tomok yang memilih untuk memuat naik perkembangan mereka di Instagram beliau sahaja untuk tatapan peminat kedua anak beliau.

“Saya rasa tidak perlu buka akaun Instagram untuk mereka kerana nanti saya juga yang akan jaga akaun tersebut. Biarlah mereka buka sendiri akaun tersebut bila sudah besar dan tahu mengendalikannya”

Sementara itu Tomok turut berkongsi minat anak sulungnya, Arrian yang gemar menyanyi. Namun kerana pengalamannya bergelar anak seni membuatkan Tomok tidak terlalu menggalakkan minat anaknya secara serius.

“Anak sulung saya memang minat sangat menyanyi tapi saya tidak galakkan sangat. Saya tahu bagaimana peritnya jadi penyanyi jadi saya tidak mahu dia melaluinya. Tapi kalau dia mahu juga saya akan minta dia belajar dahulu, sekurang-kurangnya ada pengetahuan muzik,” jelasnya kepada m Star Online.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, tidak hairan Arrian meminati bidang nyanyian sama seperti bapanya. Namun mungkin Tomok mempunyai perancangan tersendiri untuk masa depan anak-anaknya. (rtky/w)