fbpx

“Walau Dah Kenal Lama, Saya Tak Pernah Ambil RM1 Pun Duit DSV”

Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-27, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal menerima kejutan daripada jutawan kosmetik itu.

Menerusi video dikongsikan, Iqbal dilihat sebak dan tidak dapat berkata-kata dengan kejutan berkenaan. Lebih menyentuh hati, Iqbal berkata sejak dari awal perkenalan dia berharap dapat menjaga Vida.

BACA: Cik B Tak Setuju DSV Kahwin, Dedah Selalu Gaduh Dengan Iqbal

“Sejak dari awal kenal DSV, saya harap dapat menjaga dia sampai bila-bila. Walau saya kenal lama, saya tak pernah ambil seringgit pun duit DSV tanpa pengetahuan.

“Saya janji, saya akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak sampai bila-bila. Sampai mereka besar, sampai mereka berjaya. Terima kasih bagi kebaikan kepada saya, banyak mengalah dengan saya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata Vida banyak mematangkan dirinya serta mengharapkan perkahwinan mereka yang akan dibina tidak lama lagi akan diberkati

“Saya banyak perkara tak matang, DS yang mematangkan saya. Saya nak perkahwinan yang berkat sampai hujung nyawa,” katanya.

Terdahulu, Vida memaklumkan bakal berkahwin dengan Iqbal pada Disember ini, namun dia belum keberanian untuk berbincang mengenai hal perkahwinannya dengan anak-anak terutamanya dengan Cik B.

Bagaimanapun, menerusi Melodi semalam, Cik B mengakui tidak bersetuju untuk ibunya berkahwin lagi serta mempunyai hubungan kurang baik dengan Iqbal.