Cik B Tak Setuju DSV Kahwin, Dedah Selalu Gaduh Dengan Iqbal
Bakal menamatkan zaman janda dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal, jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia serius untuk berkahwin dan mungkin jodohnya sudah sampai.
Bagaimanapun, Vida berkata dia belum berani untuk memberitahu Cik B mengenai perkata itu. Menerusi temubual bersama Melodi yang disiarkan tengah hari tadi, Cik B berkata dia tidak setuju dengan keputusan ibunya untuk berkahwin lagi.
BACA: Nak Nikah Disember Ini, DSV Belum Berani Beritahu Cik B
“Saya deep down saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal umur 25 suka orang tua. Mesti ada sebab. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukuplah saya dengan Kacak. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.
“Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga,” katanya.
Dalam pada itu, Cik B mendedahkan dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik dan sering kali bergaduh. Malah, hubungan mereka sangat renggang.
“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa. Saya gaduh dengan dia memang luar biasa.
“Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri,” katanya.
Kata Cik B lagi, pada awalnya dia menyangkakan kontroversi perkahwinan ibunya itu hanya marketing semata-mata tetapi tidak sangka ianya serius. Namun, jika sudah ditakdirkan jodoh mereka, dia berharap ibunya gembira.
“Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.
“Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal,” katanya.
Diakhir temubual itu, Cik B sempat menitipkan pesanan buat ibunya supaya supaya menilai dahulu niat mana-mana lelaki yang mendekati dirinya sama ada kerana cinta atau sebaliknya.
- SUMBER
- Melodi
Kesian cik B nk hadap perangai mak dia.. budak lg kot.. nk kena hadap macam2..
Cik B ni lagi matang dari mama dia…betul nampak sgt Iqbal tu ada udang disebalik batu…Cik B ni budak baik, cinta tu tak buta manusia yg buta dik…
CIK B NYER FIKIRAN LEBIH MATANG..
MAK NYA PERANAKAN MASIH SUBUR CUMA URAT MALU AJE YG DAH PUTUS!
Bagos jawapan cik b..matang, jujur, xde selindung2 dan penuh makna tersirat..x payah nak jwb “no komen” atau jwb pusing2 mcm sesetengah retis laen…
Aah aku rasa mcm something wrong plak.nnti Iqbal ada status bapak tiri lgila dia boleh kenekan cikbi..patutla…
Pastu gopoh nk ank.abisler mmg kesian cikbi ngn kacak.tok vida ni pun.dh tau Iqbal gaduh sokmo ngn ank lg nak kawin jugak?? Aiseymen.
And vida ni dh kawin 5x ke?? Mmg org yg nak dia sbb duit jele ..sbb Dr segi rupa mmg tak kot.inikan Iqbal yg muda and ada rupa.
Ye btul.
Kalau mama dia go ahead mmg mama dia mintak dipoyohkan oleh jantan poyo..
Nmpk sgt pemikiran Cik B lebih matang dn waras wlw masih belasan tahun. Dia dh lalui pkahwinan ibunya dgn ramai lelaki, dah rasa sakit perit ibunya…kalo x kaya, rasnya Iqbal x pandang tu…byk lagi yg cantik dan muda..jadi PA pun bmasalah nikan pula jadi suami, kita smua nk Dato bahagia…selama2nya…
x hbs2 lh Dato Vida ne, sdr2 lah.. diri tu dah tua.. x kan x blh mnilai mna intan mana kaca.. anak ko org lht lagi waras dari ko.. tua2 keladi, rumah kata pergi, kubur kata mari.
Gila la scam janda kaya
Im glad Cik B brain works better than most adult. Well done Cik B. At least your mom raises you well eventho dia tengah galak bercinta cintun mcm orang muda. Kalah ben affleck dgn jlo lol
Anak usahawan pun boleh sangka perkara macam ni adalah marketing. Cik b anak yang baik dan matang, moga dipermudahkan untuk cik b
Kesian cik B. Doa banyak2 dalam solat ya cik B. Nak buat mcmana setiap org dugaannya berbeza beza.