fbpx

“Walau Bukan Dari Rahim Isteriku, Dia Punca Aku Merasa Hari Bapa”

Mempunyai seorang anak angkat, Nur Tiara Zainnirah yang kini berusia dua tahun, pelawak Achey Bocey menyifatkan sambutan hari bapa tahun ini cukup bermakna kerana dia turut dapat meraikannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Achey berkata kehadiran anak angkatnya itu merupakan satu rahmat kerana disebabkan Tiara dia dapat merasai kehidupan sebagai seorang bapa. Achey turut mengatakan dia akan lakukan sebaik mungkin untuk anaknya itu.

BACA: Achey Hadiahkan Isteri Periuk Nasi Serba Guna Berharga RM8,000

“Dialah punca!!! Aku merasa hari ini. Aku bersyukur pada Allah. Jika tidak DIA kurniakan Tiara Zinnirah kepada ku tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa.

“Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu. Kini dapat di curahkan kepadanya. Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak,” tulisnya.

Lebih sebak, Achey turut memohon maaf kepada Tiara dan isterinya seandainya ada kekurangan ketika dia menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang dua tahun ini.

“Maaf ayah pohon kepada awak dan mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab,” katanya.

Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahya mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat pada tahun 2018.