fbpx

Achey Hadiahkan Isteri Periuk Nasi Serba Guna Berharga RM8,000

Bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29, isteri kepada Achey Bocey iaitu Nor Hasanah Yahya menitipkan ucapan istimewa dan romantis buat suaminya. Lebih dikenali sebagai Anne, dia meluahkan rasa syukur di atas segala nikmat dan rezeki diberikan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Anne turut bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang bertanggungjawab dan menyayanginya seadanya. Dalam pada itu, Anne turut berterima kasih kepada suaminya di atas hadiah istimewa yang diberikan tahun ini.

BACA: Fad & Achey Dikritik Meratap Pemergian Abam Bocey

Anne turut memuat naik foto hadiah yang diberikan oleh Achey iaitu set periuk nasi pelbagai guna jenama Thernomix. Difahamkan, perkakas berjenama dari Jerman itu dianggarkan berharga hampir RM8,000.

Dalam pada itu, Anne sempat menitipkan rasa sayang kepada suaminya dan mengatakan selepas ini dia akan lagi rajin memasak. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dengan hadiah tersebutu. Malah, ada yang mengatakan hadiah tersebut adalah idaman setiap wanita.

Beruntungnya Anne dapat hadiah istimewa dari suami. Tahun lalu, Achey menghadiahkan sebidang tanah buat isterinya.