fbpx

Wak Doyok: Saya Tidak Kacau Sesiapa, Cari Rezeki Halal

Semalam melalui satu akaun Twitter seorang lelaki telah mendedahkan yang beliau pernah melakukan aktiviti songsang bersama personaliti TV dan fesyen popular, Wak Doyok dan ianya mengejutkan ramai pihak yang seakan tidak mampu percaya akan kenyataan itu.

Kami sendiri tidak tahu sejauh mana benarnya pendedahan yang dibuat, boleh jadi fitnah semata mahu menjatuhkan nama Wak Doyok yang memang dikenali ramai kini. Namun, Wak Doyok sendiri tidak menafikan atau mengiyakan kenyataan itu, setakat ini.

BACA: Lelaki Dedah Pernah Lakukan Aktiviti Songsang Dengan Wak Doyok

Melalui akaun Instagram beliau, Wak Doyok meluahkan rasa hatinya tentang kontroversi yang melanda kini dalam satu status panjang lebar berkaitan usaha beliau mencari rezeki dalam industri selama tiga tahun dan saban hari menerima tohmahan.

Wak Doyok Kesal Dengan Kontroversi Yang Melanda - ROTIKAYA

UPDATE-1: Bercakap kepada Mangga Online, Wak Doyok mengatakan yang dakwaan lelaki itu di Twitter adalah satu fitnah dan bercadang untuk buat laporan polis berkaitan perkara ini.

“Apalah nasib aku ini satu demi satu haters nak menjatuhkan aku. Aku famous macam ini selama 3 tahun bukan aku yang minta jadi sampai sekarang. Ini semua dah ditentukan oleh Allah yang mana kita mahu mengubah nasib sendiri atas kerja keras aku”

“Untuk membahagiakan keluarga aku tak pernah kacau hidup orang, selama ini ada orang yang susah kita sesama Islam bantulah sedikit sebanyak. Dalam hal yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya sekiranya kita berlaku baik adil dan saksama,” tulisnya.

Seperti kami katakan tadi, tiada penjelasan kukuh tentang dakwaan lelaki semalam dalam tulisan beliau yang penjang lebar itu. Mungkin Wak Doyok lebih selesa untuk tidak menjawab dari terus diasak dengan pelbagai persoalan jika salah jawab, kan? (rtky/m)