fbpx

Lelaki Dedah Pernah Skandal Dengan Wak Doyok?

Belum habis lagi rupanya khabar angin yang mengatakan figura yang popular kerana fesyennya, Wak Doyok merupakan seorang pengamal aktiviti songsang ataupun ringkasnya seorang gay. Selepas penafian dibuat, ada pula individu tampil membuat pengakuan peribadi.

Seorang lelaki melalui sebuah akaun Twitter beliau semalam telah memuat naik satu status yang menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat hiburan sama ada benar Wak Doyok pernah melakukan aktiviti songsang dan sejauh mana kebenaran apa yang ditulis.

BACA: Wak Doyok Nafi Minat Kaum Sejenis, Amal Homoseksual

Lelaki Dedah Pernah Skandal Dengan Wak Doyok, Lakukan Aktiviti Songsang? - ROTIKAYA

Kenyataan lelaki itu timbul selepas Wak Doyok menulis penafian khabar angin yang mengatakan beliau gay melalui Facebook baru baru ini dan apa yang ditimbulkan lelaki ini seakan serius termasuklah mengaku pernah melakukan akviti songsang bersama Wak Doyok.

“Saya tak amik kisah pun apa orang cakap. Kita tidak boleh suruh orang berhenti bercakap. Saya bukan gay, saya sembahyang punya orang, tidak amalkan hubungan sejenis,” ujar Wak Doyok sebelum ini. Mungkin sudah masa keluar kenyataan baru? (rtky/m)