Wak Doyok Nak Bakal Isteri Anak Dara, Sanggup Tinggal Dengan Ibu Mentua
Usia sudah mencedah 48 tahun, ikon fesyen Wak doyok mengakui sedang mengenali hati budi seseorang untuk dijadikan bakal isteri.
Memetik mStar Online, Wak Doyok berkata dia masih dalam proses mengenali dengan wanita tersebut dan sudah tentu mahukan hubungan yang kekal hingga ke akhir hayat.
BACA: Ibu Wak Doyok Nak Menantu Anak Dara, Tak Nak Janda
“Saya masih mengenali hati budi seseorang walaupun saya dan dia agak sibuk dengan kerja masing-masing dan dia orang biasa sahaja.
“Kita nak kenal seseorang itu bukan hanya satu hari, lagi-lagi kahwin ni bukan malam tu atau esok sahaja, seronok biar sampai akhir hayat. Sampai dia boleh jaga kita dan bukan berkahwin sebab harta,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai status yang menjadi pilihan wanita untuk menjadi bakal isterinya, Wak Doyok berkata dia mahukan wanita berstatus anak dara dan berusia 25 keatas.
“Yang tentu anak daralah, 25 tahun keatas. Kalau muda sangat pun susah, kehidupan masih tak cukup, bila dah 28 ke atas tu dia dah cukup matang,” katanya.
Sementara itu, Wak Doyok turut mendedahkan punca dia berpisah dengan bekas kekasih terdahulu dimana tidak mahu tinggal bersama ibunya.
“Bekas teman wanita saya tak mahu duduk dengan mak saya. Saya jaga mak saya kalau saya tinggalkan dia seorang macam mana dia dah berusia sekarang.
“Tanggungjawab lelaki adalah mak, kalau perempuan saya boleh cari banyak-banyak tak ada masalah, tapi syurga tu dekat mak saya, bukan dekat isteri saya.
“Isteri syurga dekat saya, dia kena ikut cakap saya. Jadi saya nak seimbang. Kena tackle mak saya dulu macam mana,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Semoga jd bujang terlajak yg tidak laris. Hampeh betol si pendek ni. Mampu ke
awak tak layak kawin lagi ni, belajar lagi kaji hak isteri.
isteri boleh “tolong” jaga mak awak , kalau dia nak. itu bukan tanggugjawab dia.
tu tanggungjawab awak.
belum nikah dah niat bergitu, memang susah Allah swt nak permudahkan.
maaf ye..kaji lagi. sekian
Ya, syurga anak di bawah tapak kaki mak. So fokus & jaga je la mak kau sampai nafas dia yang terakhir. Lepas dah habis tanggungjawab jaga mak, in shaa Allah Allah akan hantar jodoh yang terbaik. Masa tu kau boleh bagi perhatian sepenuhnya kat isteri tanpa berbelah bahagi, tanpa fikir nanti isteri tak sanggup nak duduk sekali.
Lagi kita mintak demand itu ini sebenarnya lagi laa takkan dapat. Sebab Allah tak beri apa yang kita MAHU tapi Allah beri apa yang kita PERLU.
P/s; pelakon Azhan Rani dah umur 47tahun tapi dia tak pernah bunyi sibuk nak cari jodoh. Malah dia lagi sibuk jaga mak dia, fokus drama berlakon. Respect dan minat dgn Abg An!!
Ya, syurga anak di bawah tapak kaki mak. So fokus & jaga je la mak kau sampai nafas dia yang terakhir. Lepas dah habis tanggungjawab jaga mak, in shaa Allah Allah akan hantar jodoh yang terbaik. Masa tu kau boleh bagi perhatian sepenuhnya kat isteri tanpa berbelah bahagi, tanpa fikir nanti isteri tak sanggup nak duduk sekali.
Lagi kita mintak demand itu ini sebenarnya lagi laa takkan dapat. Sebab Allah tak beri apa yang kita MAHU tapi Allah beri apa yang kita PERLU.
P/s; pelakon Azhan Rani dah umur 47tahun tapi dia tak pernah bunyi sibuk nak cari jodoh. Malah dia lagi sibuk jaga mak dia, fokus drama berlakon. Respect dan minat dgn Abg An!!
Owh.. Igatkan suka A.Aida..
InnshaAllah… Sesuatu yg kita mahu dan impikan itu tak kn jd mustahil.. Apapun boleh dapat.. Doa je selalu pd Allah.. Percaya keajaiban doa.. Cepat atau lambat pasti Allah bg tepat pd masa, saat dan ketikanya..
Tak ada mana2 dalam Al Quran yang menyebut syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Taati suami, tapi syurga setiap manusia baik lelaki atau perempuan tetap di bawah tapak kaki ibu. Isteri dirinya sama rata dengan suami, yang melahirkan zuriat suami dan menjaga harta suami. Suami pula melindungi isteri dan mengetuai keluarga. Bukan sebagai boss dengan maid. Bodoh tua kertu pendek ni.
Org perasan handsome macam @Rahim Plug memang susah rumah takde cermin……tunggulah sampai ketua…..oh tapi sekarang jer dah tua hahahaha…..
A Aida tak boleh lah, dia berduit, independent, kira career women yang ada pendirian sendiri.
Mat misai ni nak perempuan yg ala2 maid gitu, yg boleh diarahkan sesuka hati oleh dia dan mak dia.
Terbaik, ibulah juga yang perlu diutamakan.
Yang dia perlukan adalah orang gaji, bukan isteri. Kahwin je dengan orang gaji Wak.
Silap tu WK.anak dara mahupun janda skrg prefer pilih suami yatim piatu.aman hidup.ade mertua serba tak kena.haha
Kalau sy x sanggup kahwin ngan wak doyok ni, da la cerewet, bnyk hal, lg satu bkn taste sy wak doyok ni, tak kisah la dia bnyk duit ke, lg2 dgn mak dia punya perangai tkut sy x blh ikut, buat menambah dosa sy plk
Nak serba purrrfect semua kena ikut requirement kau. Tapi hakikatnya kau sndri lelaki sejati kah? Buat naya bini tu je kalau kawen dgn kau
Selera tinggi nak anak dara muda, tapi nak control tinggal dgn mak mertua. Calon yg paling sesuai ialah bibik indon yang anak dara tua. Aku boleh rekomen kalau ko nak!
doyok ni. Klu ko dh kwin, bini tknk tggl dgn mak, mak ajela tggl serumah dgn ank2. Apa mslhnya? klu aku pn, tknk aku dok umh mak mertua. Doyok ni ada adk brdik ke? klu ada mmg tak laaaaa nk dok skli. Klu ko ank tunggal mgkn blh pk yg mana terbaik. Jgn la hrp bini nk dok serumh dgn mak mertua. Pmpn mana yg nak? haihhhh
Isteri punya hak untuk tinggal di rumah sendiri,tidak sebumbung…tapi kalau ur requirement kena tinggal sebumbung, sediakan bibik…tanggungjawab isteri hanyalah utk suami..salah fahaman u ni…ticket syurga suAMI adalah ibu bapa, isteri dan anak2…kalau u cuma nak jaga mak, tapi hati isteri tak jaga,tak adil, itupun boleh heret u masuk neraka…anyway kalau u nak anak dara, jaga lah batasan…jgn la pulak bergambar pegang2 yg bukan muhrim…dalamkan lagi ilmu agama Wak…jgn pung pang2 nak cari yg perfect…kalau jodoh u janda pun ok..mungkin itu ticket u masik Syurga..wallahu’alam
Sejuk hati para ibu bila ada anak macam ni..semoga berjumpa dengan calon yg dihajati..kasih ibu tiada ganti…
Sejuk hati ibu bila mendengarnya..semoga bertemu jodoh dgn perempuan yg Soleh..kasih ibu tiada gantinya…
Alah poyo sgt lh ko punya syarat ni wak doyok, insha allah ko akn jadi bujang terlajak sehingga akhir hayat dan jika kawin pun dgn janda , syarat yg ko bagi tu npk ko kurang lagi agama ni doyok! Isteri betul syurga bawah tapak kaki laki, Tapi mak kau tu bukan tugas isteri nk jaga Itu tugas kau sebagai ank, klu isteri tk nak Itu hak dia dlm agama pun tak ada ckp pun isteri kena jaga mertua! Aku rasa ko kna byk belajar agama lagi ni doyok! Byk ustaz yg boleh ko rujuk, dari ko merepek mcm ni, apa kata ko tk pyh lah kawin umur pun dah lanjut dkt 50 dia 3 tahun lagi sakit2 pulk dtg, klu carik yg umur 25 ke ats dia Tak Abis enjoy lagi tgu ko sakit dia tinggal ke ko doyok! Dia carik lh yg sebaya dia buat apa nk jaga yg tua mcm ko sakit2 pulak tu, ada harta pun klu sakit2 dan dan tua tetap tk berguna pun.so aku Harap ko tk kawin lh doyok! Sebab dlm syarat ko jbada sedikit keankuhan bila bercakap!
Takyah kawin la wak..semua nak ikut telunjuk ko je..