fbpx

Wak Doyok Mohon Maaf Salah Guna Lambang Diraja Johor

Sejak semalam hangat di media sosial gara-gara sebentuk cincin yang dikaitkan dengan personaliti fesyen, Wak Doyok apabila Tunku Temenggong Johor iaitu Tunku Idris memuat naik foto sebentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Apa yang menjadi isu apabila Tunku Idris mempersoalkan apakah tujuan Wak Doyok menempah cincin tersebut dengan ukiran lambang diraja Johor. Difahamkan, cincin tersebut didakwa ditempah oleh Wak di kedai permata di Indonesia.

BACA: Wak Doyok Persenda Penceraian Sharnaaz, Nabila?

Menurut Tunku Idris, Wak Doyok perlu tampil menjelaskan perkara tersebut kerana tindakannya itu jelas sekali telah melanggar undang-undang.

Sedar atas kesilapannya, Wak Doyok menerusi Instagramnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerabat Diraja Johor atas kecuaian menyalahgunakan lambang peribadi Sultan Johor.

Menurut Wak Doyok, dia tidak mengetahui mengenai batas protokol diraja dan menyesali di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Untuk pengetahuan anda, sesiapa yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaaan atau persendirian tanpa kebenaran DYMM Sultan Johor adalah satu kesalahan yang besar.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tikda melebihi lima tahun.