Kemelut penceraian pasangan, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila menimbulkan rasa simpati orang ramai. Pun begitu tidak pasti pula dengan Wak Doyok, apabila beliau memberikan respon yang bermaksud sebaliknya.
BACA: Wak Doyok Hadiahkan Ibu Kereta Mewah RM260,000
Menerusi laman Twitter, Wak memberikan respon LOL (lough out loud) terhadap berita penceraian pasangan itu. Menyedari komen itu, netizen mula hairan dengan respon Wak yang seakan tidak sensitif dengan dugaan orang lain.
Mulalah timbul spekulasi mengatakan Wak seakan mempersendakan pasangan terbabit yang kini diambang penceraian. Namun ada juga yang mengandaikan Wak tersalah faham dan tidak mengetahui maksud sebenar perkataan itu.
Kami pun tidak pasti apa yang ingin disampaikan Wak, mungkin beliau ingin menyatakan ‘Lots of love’. Apapun semoga Sharnaaz dan Nabila dapat menyelesaikan kemelut mereka dengan baik demi anak tersayang. (rtky/w)