fbpx

Wak Doyok Menipu Lagi, Rakan Kongsi Dedah Hal Sebenar?

Sebelum ini, nama Wak Doyok menjadi perhatian pengguna media sosial selepas memuat naik gambar koleksi ‘kasut-kasutnya’. Namun seorang pengguna Twitter mendedahkan gambar yang dikongsi oleh Wak serupa dengan carian Google. Selepas dikecam teruk, Wak menjelaskan dia sendiri tidak menyatakan kasut itu miliknya

Terbaru, Wak dituduh menipu lagi dan kali ini melibatkan ikon fesyen dan usahawan terkenal, Asyraf Mazlan yang pernah dikaitkan bercinta dengan Elfira Loy.

BACA: “Tunjuk Kaya Tapi Guna Gambar Google”

Menerusi Instagram, Wak memuat naik gambar bersama Asyraf dan memberitahu bahawa Asyraf yang  merupakan pembantu peribadinya tidak lagi berkhidmat untuknya.

Kenyataan tersebut mengejutkan netizen kerana Asyraf bukanlah pembantu peribadi yang didakwa oleh Wak, sebaliknya merupakan pemegang saham terbesar dalam perniagaan jenama produk Wak Doyok.

Berikutan kenyataan Wak yang dilihat agak bercanggah, Asyraf Mazlan mendedahkan perkara sebenar dan bukti bahawa dia adalah pemegang saham terbesar dalam perniagaan Wak. Turut tertera nama Datuk Aliff Syukri merupakan pemegang saham bersama.

Menerusi Instagram, Asyraf Mazlan turut sertakan maklumat pemegang saham dan mengatakan mana mungkin gaji pembantu peribadi lebih besar.  Asyraf juga memeritahu, dia merupakan pemegang saham majoriti Empire AMWD Sdn Bhd.

Adakah ini hanya gimik pemasaran semata-mata, atau mungkin ketika ini kedua-dua mereka ada perselisihan faham? Apa pun diharap kedua-dua mereka dapat selesaikan masalah dengan baik memandangkan masing-masing memiliki perniagaan bersama.