fbpx

“Tunjuk Kaya Tapi Guna Gambar Google”

Untuk makluman Wak Doyok terkenal dengan gelaran Ikon Fesyen dikalangan peminat fesyen. Baru-baru ini Wak ada berkongsi gambar kotak serta koleksi ‘kasut-kasutnya’ yang hampir penuh satu bilik di Instastory semalam.

BACA: Wak Doyok Dikecam Samakan Durian Dengan Payudara

Memang tidak pelik seorang fesyen ikon memiliki kasut sebanyak itu, namun pelik mula timbul apabila seorang pengguna Twitter, Faruk Mekic bertanyakan tentang gambar yang dikongsi Wak yang serupa dengan carian Google.

Ingin membuktikan dirinya tidak menuduh melulu, Faruk turut menyertakan imej carian Google yang ditemuinya di laman Pinterest dan Sole Collector pada tahun 2014. Kami sendiri yang mencarinya pun banyak jumpa gambar yang sama dengan gambar ‘kasut-kasut Wak’.

Setakat ini pula, Faruk ada berkongsi tindakannya itu bertanyakan Wak mendapat ‘balasan’ apabila selebriti itu telah bertindak block Faruk dari senarai pengikutnya. Hmm Pinterest kot curi gambar Wak. (rtky/w)