fbpx

Wak Doyok Dikecam Samakan Durian Dengan Payudara

Selepas insiden lalang dalam menyokong kerajaan, Wak Doyok sekali lagi dihentam gara-gara memuat naik kenyataan menyamakan buah durian dengan dada wanita, berserta dengan gambar beliau memegang buah tersebut.

BACA: Baju Raya Wak Doyok Sudah Terjual 100,000 Pasang

Pastinya kenyataan berbaur lucah itu tidak disenangi pengikutnya di media sosial. Ramai menganggap kenyataan Wak itu seperti sampah dan tidak menghormati kaum wanita. Malah ada juga menggelarkannya ‘gila seks’.

Bukan sahaja kaum wanita, malah kaum lelaki juga menghentam kenyataan Wak yang dikatakan tidak lawak. Selain itu ada juga mendakwa, tindakan Wak itu sebagai gangguan seksual secara tidak langsung.

Tidak faham juga dengan ‘gurauan’ Wak kali ini. Turut menjadi perhatian apabila ada juga peminat bergurau sinis mengatakan ikon fesyen itu sudah tiba masanya berkahwin kerana umur yang sudah ‘terlajak’ mengakibatkan beliau begitu. (rtky/w)