fbpx

Baju Raya Wak Doyok Sudah Terjual 100,000 Pasang

Sebelum ini ikon fesyen Wak Doyok dikecam teruk kerana dianggap ‘lalang’ selepas kerajaan baru menang pada Pilihan Raya Umum yang lalu.

Terbaru, namanya terpalit sekali lagi dengan isu tersebut apabila Wak Doyok memperagakan baju Melayu koleksinya yang warnanya seperti Pakatan Harapan. Ada juga yang menggelar baju Melayu tersebut bertemakan ‘Lompat Parti’.

Tweet tersebut mendapat perhatian Wak Doyok yang membalas dakwaan tersebut dalam bentuk sindirian. Katanya lagi, rupanya masih ramai lagi netizen diluar sana yang masih tidak sudah-sudah lagi dengan isu ‘lalang’.

Tambah Wak Doyok lagi, walaupun ramai yang mengecam, baju Melayu koleksinya sudah terjual 100 ribu pasang.

Walaupun ramai yang mengutuk, ada juga yang memuji bahawa Wak Doyok memang hebat dalam berniaga.

Mungkinkah ini salah satu strategi pemasaran untuk melariskan jualan? Apa-apa pun, baju Melayu Wak Doyok memang segak, itu yang laku habis.