Kecoh mengenai tindakan Emma Maembong mengesahkan buka tudung diperkatakan, bapa Emma, Ismail Embong pula memberikan kenyataan umum mengingatkan wanita menjauhi lelaki yang membuka aib seorang wanita.

BACA: “Keputusan Ini Antara Saya Dengan Allah”


Pesanan sinis yang dimuat naik di laman Facebook itu menimbulkan tanda tanya kepada netizen, hingga timbul dakwaan mengatakan peringatan berbentuk sindiran itu ditujukan buat Syed Abdullah.

Tulis Ismail lagi, lelaki yang membuka aib seorang wanita adalah manusia bertopengkan iblis yang sering berusaha untuk memecah belahkan umat Islam dan keluarganya. Mendalam sungguh luahan hati bapa Emma.



Di ruangan komen pula, ramai menitipkan doa dan nasihat buat Ismail agar terus kuatkan semangat mendidik anak gadisnya agar tidak terpesong. Ramai juga turut bersimpati dengan luahan sayu Ismail.

Apapun kami sendiri tidak pasti maksud tersirat disebalik kenyataan bapa Emma. Semoga bapa Emma kuatkan semangat dan tabah mengharungi dugaan ini.(rtky/w)