fbpx

“Wajarkah Dia Yang Menuntut Tapi Kita Kena Datang Pada Dia?”

Nampaknya konflik di antara Naim Daniel dengan bekas kekasihnya berhubung isu hak cipta lagu Sumpah masih tiada jalan penyelasaian apabila Dayana Amerda mahu berjumpa Naim terlebih dahulu serta enggan menghantar bukti.

Bagaimanapun, Naim tetap dengan pendiriannya meminta Dayana menghantar segala bukti melalui kiriman emel. Naik berkata dia pernah menghubungi ibu Dayana untuk bertemu dan selesaikan kemelut secara baik namun ditolak.

BACA: Dayana Mahu Jumpa Naim Daniel, Enggan Hantar Bukti

“Pihak Dayana nak buat sidang media pun tanpa pengetahuan saya dan pengurusan. Alhamdulillah, Allah permudahkan ada kenalan memberitahu saya tentang acara itu.

“Saya ada hubungi ibu dia untuk bertemu dan berbincang secara baik tetapi pihak sana yang tak nak sebab katanya nak selesaikan sidang media dahulu. Kalau permainan ini yang mereka pilih, saya okey dan tak pernah menghalang apa-apa.

“Tapi seperti yang saya katakan jika ada bukti, emel kepada saya. Wajar ke seseorang yang inging menuntut sesuatu tetapi kita pula yang kena datang kepada dia,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Naim dan syarikat pengurusannya, WPW Entertainment berbesar hati sekiranya pihak Dayana ingin menyelesaikan isu tersebut secara baik. Malah, Naim berkata dia tidak mahu isu itu mengganggu karier seninnya.

“Senang sahaja, bagi segala bukti kalau dia nak selesaikan dengan cara elok sebabnya saya serta pengurusan saya memang berlapang dada.

“Insya-Allah, kalau dia tampil dengan bukti, pihak saya dan pengurusan akan berbincang dan kaji terlebih dahulu untuk melihat sama ada betul atau tidak,” katanya.