fbpx

Wajah Mirip Presiden Rusia, Netizen Doakan Anak Anzalna Nasir Jadi PM

Baru-baru ini, pelakon Anzalna Nasir ada memuat naik foto anak keduanya, Muhammad Emirhan yang kini sudah mencecah usia enam bulan.

Menerusi posting itu, apa yang menjadi perhatian Anzalna berkata ramai yang menyamakan wajah anaknya itu mirip seperti Presiden Rusia, Vladimir Putin.

BACA: Anzalna Nasir Sanggup Tolak Tawaran Jenama Terkenal Australia, Tak Rela Tinggal Anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan Emirhan serta bersetuju wajah anak kedua pelakon itu sememangnya iras dengan Presiden Rusia.

Baukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen mendaoakan agar Emirhan menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia apabila telah membesar kelak.