fbpx

Baru-baru ini tular di media sosial gambar seorang wanita membawa bersama anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) buta kekal ketika bekerja sebagai penghantar makanan.

Kisah wanita itu turut mendapat perhatian pelakon Anzalna Nasir kagum dengan semangat wanita itu yang merupakan seorang ibu tunggal gigih bekerja untuk mencari pendapatan.

BACA: Emirhan Dah Masuk Usia 5 Bulan, Anzalna Nasir Tak Sabar Nak Tambah Anak

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Anzalna berkongsikan kehidupannya berubah selepas mempunyai cahaya mata.

 

“RESPECT! Dia seorang ibu yang hebat, bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Allah permudahkan urusan dan melimpah ruahkan rezeki akak ni.

“Anak-anak adalah segalanya. Bila ada anak memang segalanya berubah. Dari segi kerja pun dah tak boleh macam dulu, saya kena pilih kerja tak boleh ambil semua sebab tak mahu anak kerap ditinggalkan.

“Kesian bila fikirkan mereka masih kecil dan saya suka meluangkan masa dengan mereka untuk menunjukkan rasa sayang dan sokongan buat mereka,” tulisnya.

Dalam pada itu, Anzalna berkata dia menerima tawaran jenama terkenal dari negara Australia namun terpaksa tolak kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak.

“Baru-baru ini, saya dapat tawaran shooting untuk satu jenama yang terkenal di Australia tapi bila fikirkan tak boleh bawa anak-anak terus saya tak terima tawaran tu.

“Tak rela nak tinggalkan anak-anak walaupun 2-3 hari sahaja! Ibu saya paksa pergi sebab dia boleh tolong jaga tapi saya tak nak jadi ibu dan anak yang pentingkan diri sendiri,” katanya.

Anzalna mendirikan rumahtangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.