fbpx

Wajah Duka Bunga Citra Lestari, Hanya Air Mata Sambut Ucapan Takziah

Pemergian pelakon Ashraf Sinclair akibat serangan jantung bukan sahaja mengejutkan ahli keluarga serta industri hiburan Malaysia dan Indonesia, malah peminat juga turut bersedih di atas kehilangan aktor tersebut.

Sejak tengah hari tadi, video Bunga Citra Lestari yang menangis di sisi jenazah suaminya tular di media sosial. Menerusi video tersebut, BCL berpakaian serba putih dilihat tidak berhenti-henti menangis.

BACA: Jenazah Ashraf Sinclair Akan Dikebumikan Di San Diego Hill

https://www.instagram.com/p/B8so27yAyB9/?utm_source=ig_embed

Dalam pada itu, BCL kini berada dalam keadaan sedih dan masih belum bersedia memberikan sebarang keterangan kepada pihak media.

Jenazah Ashraf tiba di rumah mayat di daerah Jakarta Selatan kira-kira jam 7.33 pagi. Bunga dilihat mengiringi jenazah suami yang dibawa daripada Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC) di Kuningan, Jakarta.

Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair, 40 tahun akan dikebumikan di San Diego Hill, Kerawang selepas solat Asar.