Jenazah Ashraf Sinclair Akan Dikebumikan Di San Diego Hill
Berita pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair ternyata mengejutkan ramai apabila pelakon dan pengacara disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.15 pagi tadi selepas mengalami serangan sakit jantung.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di San Diego Hill, Kewarang Jawa Barat selepas solat Asar.
BACA: Bendera Kuning Dinaikkan Di Rumah Duka Ashraf Sinclair
Perkara itu diberitahu menerusi papan kenyataan di depan rumah duka yang menempatkan jenazah Ashraf di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan.
“Telah pulang ke rahmatullah, Ashraf Daniel Mohamad Sinclair pada hari Selasa 18 Februari. Jenazah akan dimakamkan di pemakaman San Diego Hill, Kerawang pada selepas Asar. Semoga Allahyarham diterima amal ibadahnya dan husnul khatimah.”
Rumah duka adalah rumah yang menempatkan jenazah sebelum dikebumikan.
- SUMBER
- Harian Metro
maaf nk tanya je ( kalau korang tau ler)… cuba korang google PEMAKAMAN SAN DIEGO HILLS … korang rasa kawasan perkuburan tu mcm campur2 ke? kristian & islam?
jgn kecam tau kita tanya je….. tp mmg cantik kawasan perkuburan tu mmg berbaloi dgn harganya. semoga arwah ditmptkan dikalangan org2 yg beriman….aamiin
yer kalau korg search pasal San Diego Hills Memorial Park tu memang dia tanah perkuburan yg campur2. Tapi untuk org islam, dia buat ikut org islam seperti menghadap kiblat dan lain2. 25 hektar khas utk org islam saja tak silap.
@Ginvera..jdi namanya San Diego Hills Memorial Park la ye..walaupun ada utk Muslim di sana. 25 hektar tu bsr tau JIKA UTK ORG ISLAM.
..aku org x dlm ilmulah..bantu sikit.
Yer betul. Tempat tu bercampur kristian… Buddha.. Islam. tempat antara 3 agama tersebut berpisah jauh sebab setiap agama ada bahagian single dan semi d. Tempat ashraf dikenali semi d sebab isteri dia dah book utk diri sendiri skali. Bahagian muslim paling bawah diikuti kristian dan paling atas adalah utk agama buddha. Ini kerana penganut buddha inginkan kubur mereka menghadap sungai dan diletakkan di atas bukit mengikut feng sui. Jangan risau laluan jugak telah disediakan khas untuk pegangan masing masing. Sekian. Terima kasih
campur tapi nuansa berbeza. islam ada nuansa dia.. lagi dua chinese n universal .