Beberapa hari lalu, kami ada memetik laporan sebuah laman hiburan Indonesia yang menulis tentang gossip antara vokalis Geisha, Momo bersama penyanyi Ariel Peterpan yang hangat di’perkatakan.

Semalam, team Rotikaya.com sempat bertemu mata dengan tuan punya badan ketika Momo (Geisha) mendarat di Terminal LCC, Sepang untuk menjayakan siri jelajah Rock & Stars di seluruh Malaysia.

Momo yang agak terkejut akan gossip yang sudah sampai ke pengetahuan para media di Malaysia ini tenang menjawab yang hubungan mereka berdua semata mata professional & kerana urusan kerjasama muzik. 

Sebagai sebahagian dari siri jelajah Rock & Stars, Geisha akan tampil untuk sebuah persembahan akustik di AEON Jusco AU2, Taman Sri Keramat bermula jam 8.30 malam bersama D’Masiv & Astrid.

Rock & Stars di’bawakan kepada anda oleh Universal Music dan Rumpun Records. The Loft sebagai penaja lokasi persembahan. Redbox & Redbox Plus sebagai penaja bersama. Suria FM sebagai radio rasmi. S2 Studio bertindak sebagai jurugambar rasmi & Rotikaya.com selaku media online rasmi.