fbpx

Vivy Yusof Tak Boleh Tidur Fikir Nasib Rakyat Palestin

Terkesan dengan apa yang berlaku di bumi Palestin, usahawan dan juga pengasas dUCk Scarves, Vivy Yusof mengakui tidak dapat tidur setiap kali teringat nasib menimpa umat Islam di sana.

Kata Vivy lalu, sebagai insan bergelar ibu hatinya sayu melihat nasib kanak-kanak di sana ada yang kehilangan ibu bapa.

BACA: Vivy Yusof Nak Tawar Cuti Tahunan Tanpa Had Pada Pekerja

“Hati saya hancur ketika membaca berita tentang apa yang berlaku di Palestin. Saya tidak dapat tidur malam memikirkan apa lagi yang boleh saya lakukan. Sebagai seorang ibu, melihat rakaman anak-anak di sana telah memukul saya dengan teruk,” katanya.

Susulan itu, Vivy turut serta melancarkan Tabung Palestin di bawah nama syarikatnya The dUCk Group atas kerjasama dengan Pertubuhan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Dalam masa yang singkat, tabung kecemasan itu berjaya meraih sebanyak RM 1 juta selepas 2 hari dilancarkan. Lebih sebak, Vivy turut berkongsikan ada ibu bapa memaklumkan anak-anak mereka turut menderma duit raya mereka ke tabung tersebut.

“Ada ibu bapa telah menghantar pesanan saya di Instagram memberitahu bahawa anak-anak mereka menderma dari duit raya baru-baru ini dan itu sangat menyentuh hati,” ujarnya.

Dalam pada itu, Vivy memaklumkan kumpulan dUCk juga akan melancarkan koleksi khas, “The Palestin dUCk” pada bulan Jun di mana 100 peratus keuntungan dari koleksi tersebut akan disumbangkan kepada VPM.