Sudah 10 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, usahawan terkenal Vivy Yusof meluahkan hasratnya untuk menulis sebuah buku mengenai jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan.

Vivy berkata masih terlalu banyak rahsia yang terpendam dan menarik untuk diceritakan kepada orang ramai. Ujarnya, banyak pencapaian dan kesilapan yang dilaluinya sepanjang sedekad itu.

BACA: Vivy Yusof Bukan Lagi Ahli Lembaga Pengarah UiTM?

“FV kini sudah berusia 10 tahun bulan depan. Ia menandakan saya juga sudah 10 tahun dalam berbisnes. Dengan semua ilmu yang saya pelajari sepanjang sedekad ini, saya rasa saya patut menulis sebuah buku!

“Terlampau banyak pencapaian dan kesilapan, jadi banyak kisah yang saya belum ceritakan lagi,” tulisnya.

Kata Vivy lagi, berniaga seperti menaiki roller coaster, ada jatuh dan bangunnya namun dia menyifatkan menceburkan diri dalam dunia perniagaan adalah pekerjaan terbaik baginya.

“Berbisnes seperti menaiki roller coaster ada jatuh dan bangun. Saya sedang memasuki dekad kedua. Adakah anda masih bersama dengan saya?” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen menyokong usahanya untuk menerbitkan bukunya sendiri dan ada juga yang mahukan tips serta rahsia hingga dia berjaya seperti hari ini.