fbpx

Vivy Yusof Bukan Lagi Ahli Lembaga Pengarah UiTM?

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila usahawan Vivy Yusof telah menfailkan saman fitnah terhadap seorang netizen berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat Covid-19 sebelum ini.

Bagaimanapun, hari ini pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam posting terbarunya telah memuat naik ucapan penghargaan atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti berkenaan yang disandang sejak Mei 2019.

BACA: Isu Ciplak Rekaan, Vivy Yusof Mahu Saman Usahawan Kecil

https://www.facebook.com/uitmrasmi/posts/1275876252762156

“Terima kasih kepada Datin Vivy Yusof atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Universiti daripada Pengerusi Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Eksekutif Universiti,” tulis kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak UiTM mengenai status Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti tersebut.

Terdahulu, satu petisyen dilancarkan mendesak pengasas tudung dUCk Scarves itu meletakkan jawawan susulan kenyataannya yang didakwa merendah-rendahkan golongan B40 dan M40 yang layak menjadi penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN)