fbpx

Vivy Yusof Hadiahkan dUCk Buat Petugas Hospital Sebagai Tanda Penghargaan

Selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Isnin lalu, menerusi satu perkongsian usahawan terkenal Datin Vivy Yusof menzahirkan ucapan terima kasih buat petugas hospital KPJ Damansara.

Vivy turut terharu dengan sokongan dan bantuan yang diberi oleh petugas hospital ketika dirinya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya selepas melahirkan anak.

BACA: Vivy Yusof Terharu Koleksi Tudung Monopoly RM550 Habis Terjual

Lebih istimewa, Vivy turut menghadiahkan produk dUCk buat petugas hospital serta kad ucapan terima kasih yang ditulisnya sendiri sebagai tanda penghargaan.

Perkongsian Vivy itu mendapat pelbagai reaski daripada netizen yang mengagumi dan memuji sikap Vivy serta mengatakan ia contoh yang perlu diikuti.

Isnin lalu, Vivy selamat melahirkan anak keempat iaitu bayi lelaki yang diberi nama Idris Ali Shah. Tahniah diucapkan kepada Vivy dan selamat menjalani proses berpantang.