fbpx

Vivy Yusof Terharu Koleksi Tudung Monopoly RM550 Habis Terjual

Sebut sahaja nama Datin Vivy Yusof, sememangnya pengasas jenama tudung terkenal dUCk Scarf itu antara usahawan yang sering menjadi tumpuan ramai.

Baru-baru ini, jenama tudungnya iaitu dUCk Scarf melancarkan koleksi terbaru berkolaborasi dengan maianan popular dunia Monopoly.

BACA: Vivy Yusof Umum Hamil Anak Keempat

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Vivy meluahkan rasa terharu apabila koleksi tudung tersebut dan set koleksi berkenaan habis terjual dalam satu malam sahaja.

“Saya harap saya dapat repost semua orang punya Monopoly post. Hati saya rasa sangat penuh. Kesemua habis terjual, dari set mainan hingga ke skarf dan beg. DALAM SATU MALAM.

“Ianya sangat mengejutkan. Malah pihak Monopoly juga terkejut dengan permintaan luar biasa. DALAM SATU MALAM. Alhamdulillah. @theduckgroup” tulisnya.

Difahamkan untuk set Monopoly X dUCK Shawl atau Square dijual dengan harga RM550. Untuk koleksi tudung sahaja dijual pada harga RM250 sehelai.

Buat masa ini semuanya sudah habis terjual, siapa yang belum berkesempatan untuk mendapatkannya boleh tunggu untuk restock semula.