fbpx

Vivy Yusof Ditegur Baru 10 Hari Berpantang Dah Kembali Bekerja

Selamat menimang cahaya mata keempat pada 22 November lalu, usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof memaklumkan sudah pun kembali bekerja meksipun masih dalam tempoh berpantang.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Vivy dilihat memuat naik foto dirinya yang memakai baju berpantang, lengkap berstokin sedang baring di katil ditemani komputer riba dan anaknya, Idris Ali Shah.

BACA: Vivy Yusof Hadiahkan dUCk Buat Petugas Hospital Sebagai Tanda Penghargaan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Perkongsian Vivy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut serta menegur usahawan itu supaya berehat secukupnya ketika tempoh berpantang.

Malah, ada segelintir netizen turut berkongsikan kesan buruk jika bekerja terlalu kuat ketika tempoh tersebut apatah lagi baru sahaja melahirkan cahaya mata.

Vivy selamat melahirkan cahaya mata keempat hasil perkongsian hidup bersama Datuk Fadzruddin Shah Anuar pada 22 November lalu. Pasangan itu turut mempunyai tiga cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.