fbpx

Isu Ciplak Rekaan, Vivy Yusof Mahu Saman Usahawan Kecil

Minggu lalu, nama usahawan terkenal Vivy Yusof sekali lagi hangat diperkatakan di media sosial apabila terpalit dengan dakwaan menciplak hasil rekaan orang lain ‘Soonaru’. Malah, konsep dan tema photoshoot juga dikatakan hampir sama.

Nampaknya usahawan itu sekali lagi terpalit isu menciplak rekaan dan kali ini seorang pelukis ilustri, Syaza Yunos mendakwa hasil karyanya telah di ambil oleh dUCk Scarves dan Fashion Valet.

BACA: Alicia Amin Dakwa Vivy Yusof Guna Anak Yatim Tutup Kesalahan?

Difahamkan, sebelum ini Syaza Yunos pernah mendedahkan di Twitter tentang rekaan sampul duit dan konsep jenamanya telah diciplak oleh Vivy lalu menjadikan koleksi tudung dUCk Scarves iaitu koleksi kuih.

Syaza berkata dia pernah menghubungi Vivy Yusof pada 3 tahun yang lalu berhubung perkara tersebut namun tiada sebarang maklum balas. Malah, ada pelanggannya pernah bertanya sama ada dia berkerja untuk Vivy kerana rekaan produknya sama seperti produk milik usahawan tersebut.

Bagaimanapun selepas perkongsian tersebut, Syaza dikatakan hilang seketika. Namun, gadis itu muncul semula baru-baru ini serta menjelaskan beberapa perkara dan sebab kenapa dia menghilang sebelum ini.

Muncul dengan maklumat baru, Syaza menyatakan Vivy Yusof akan menyamannya dan menuntutnya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi beliau tolak permintaan tuntutan tersebut.

 

Menerusi entri panjang dikongsikan di Twitter, Syaza berkata dia niat untuk menjatuhkan reputasi FashionValet, dUCk Scarves dan Vivy Yusof, tetapi pendedahannya itu adalah kerana ingin melindungi hak sebagai pelukis ilustrasi dan meniru hasil tangan orang lain adalah perbuatan yang tidak beretika.

Ujarnya, lebih mengecewakan apabila hasil karyanya digunapakai oleh FashionValet untuk koleksi mereka. Tambahnya lagi, rintihan ‘suara’ syarikat kecil sepertinya pasti tidak akan didengari oleh syarikat besar seperti FashionValet.

Menurut Syaza lagi,  dia menolak permintaan tuntutan tersebut kerana jumlah yang diminta adalah tidak masuk akal dan tambahan lagi dia hanyalah usahawan kecil.

Difahamkan, Vivy Yusof dikatakan telah memfailkan tuntutan saman ke atas Syaza pada 9 April 2020 dan dalam masa yang sama usahawan  sedang dengan sibuk produk baru yang dilancarkannya.