fbpx

Vikingdom: Dominic Purcell Datang Ke Malaysia Minggu Hadapan

Sekitar Jun lalu, pasti anda semua sudah dengar akan projek mega raksasa KRU Studios yang akan menjadi kebanggaan kita semua.

KRU Studios buat pertama kali’nya dalam sejarah perfileman tanah air bakal menerbitkan sebuah filem Inggeris dengan kesemua pelakon adalah dari Hollywood.

Filem berjudul Vikingdom ini akan di’terajui oleh pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Prison Break tidak lama dahulu — Dominic Purcell.

Dominic Purcell kini sedang hangat di’pawagam dengan filem Hollywood terbaru berjudul Killer Elite.

Menurut sumber kami yang rapat dengan mereka yang berada di’sebalik tabir, Dominic Purcell akan tiba di tanah Malaysia minggu hadapan atau 10 Oktober lebih spesifik untuk memulakan penggambaran Vikingdom.

Filem epik arahan Yusry KRU ini di’katakan akan mengambil masa selama hampir sebulan untuk penggambaran yang melibatkan Dominic Purcell. Tempoh yang boleh tahan lama.

Oleh kerana itu, kami sedang berusaha mengaturkan pertemuan eksklusif kami bersama Dominic Purcell ketika beliau berada di Malaysia nanti. Siapa mahu tengok kami temubual artis Hollywood, angkat tangan!