fbpx

Video Wanita Mirip Fathia Latiff Tidak Bertudung Tersebar?

Hari ini timbul kekecohan di media sosial apabila sebuah video menunjukkan seorang wanita berambut pendek mirip pelakon Fathia Latiff tersebar. Video tersebut memaparkan wanita itu sedang berkaraoke bersama seorang lelaki di khalayak ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Instagram Makcik Puaka itu, video tersebut dipercayai dirakam di sebuah kafe di Shah Alam.

BACA: “Walaupun Nekad Mahu berubah, Ada Yang Masih Tak Percaya”

“Malam tadi @sisturz_stalker share igstory cafe di Shah Alam ni, tak cam sapa so admin pon tak ambik tau la, lepas tu makcik dpt sekali lg dr follower lain. Admin pun tengok, 2-3 kali makcik ulang, ni Fathiya Latif ke?.

Menerusi Insta Story, Fathia dilihat ada memuat naik rakaman video di lokasi yang sama di dalam video yang telah tersebar itu namun dari sudut pandangan berbeza.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak wanita itu adalah Fathia. Apa pun kita tunggu saja penjelasan lanjut daripada Fathia sendiri.